Kerja-Kerja Lurang (Under Ground Cable)

describe their subject vividly and make their evaluation obvious and

Kerja-Kerja Lurang
(Under Ground Cable)

Bekerja di ruang terkurung merupakan satu aktiviti yang boleh menyebabkan seseorang terdedah kepada suasana yang amat merbahaya yang boleh memudaratkan malahan juga boleh menyebabkan kematian. Semua pekerja yang meninggal dunia adalah disebabkan terhidu gas beracun atau disebabkan oleh sesak nafas kerana kekurangan oksigen.

Pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)  telah menyediakan satu garis panduan bagi kerja di ruang terkurung pada tahun 1998 . Pihak Telekom Malaysia melalui Jabatan OSHE telah mengarahkan Kontraktor menggunakan garis panduan tersebut,   Garis panduan  ini memberi maklumat terperinci berkenaan dengan program keselamatan sewaktu bekerja di ruang ruang terkurung, termasuk penerangan berkenaan permit untuk bekerja, latihan yang diperlukan, prosedur menyelamat dan tanggungjawab orang-orang tertentu  dan penyelia serta langkah langkah kawalan yang perlu diambil.

Bahagian ini diuruskan oleh Pengurus Teknik dan Juruteknik bertanggungjawab bagi Pemasangan Kabel Tembaga dan Operasi Pengkabelan Gentian Optik yang perlu ada kad kompetensi :-

  • Niosh Telekom Malaysia Safety Pasport (NTMSP)
  • Authorise Entrance and Stanby Person (AESP)
  • Authorise Gas Tester and Entrance Supervisor (AGTES)
  • Semua AGTES di perlukan berdaftar dengan JKKP untuk mendapat “Orang Yang Kompeten (OYK)”

AGTES perlu mengawasi semua aktiviti yang berkenaan dengan operasi iaitu :-

  • Membuat ujian gas dalam lurang, mencatat bacaan dan memastikan kandungan gas yang dibenarkan sebelum membenarkan pekrerja yang layak masuk ke dalam lurang.
  • Memastikan pekerja berada dalam keadaan sihat dan tiada sebarang masalah kesihatan ketika kerja-kerja dilaksanakan.
  • Memastikan pekerja memakai PPE yang ditetapkan.