Matlamat KEESB
Matlamat syarikat ini ialah ingin bersama-sama terlibat memberi sumbangan kepada negara untuk memajukan projek-projek di dalam bidang telekomunikasi, kerja-kerja pembinaan bangunan dan infrastruktur.
Syarikat ini mempunyai kumpulan ahli lembaga pengarah dan pengurusan yang berkemahiran tinggi dan dibantu oleh kakitangan yang berpengalaman dalam bidang pengurusan dan teknikal serta sokongan dari institusi kewangan. Syarikat ini berharap akan berkembang lebih jauh dengan memperlengkapkan lagi perkhidmatannya dalam teknologi terkini menuju era globalisasi.