Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT di atas segala limpahan rahmatNya, selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada para pengunjung laman web KUMPULAN ERA ENGINEERING SDN BHD (KEESB).
KEESB ialah sebuah syarikat Bumiputera yang memberi fokus kepada kerja-kerja kejuruteraan telekomunikasi yang membabitkan pemasangan kabel gentian optik dan kabel tembaga. Pihak kami juga turut terlibat dengan kerja-kerja awam, elektrik, dan bangunan.
Dengan pengalaman lebih 20 tahun syarikat dalam mengendali projek pemasangan kabel telekomunikasi berserta pengalaman bekerjasama dengan pelanggan-pelanggan dari syarikat GLC terkemuka seperti TM Berhad & Tenaga National Berhad dan memperoleh rekod dan pencapaian yang baik, pihak kami yakin dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan semua pelanggan.
Saya berharap dengan penubuhan lama web ini dapat memberi info yang lebih jelas mengenai KEESB kepada para pelanggan kami dan pelawat yang ingin mengenali kami dengan lebih dekat.
AMIR BIN HAJI NAYAN
Pengarah Urusan
Kumpulan Era Engineering Sdn. Bhd.