KUMPULAN ERA ENGINEERING

KUMPULAN ERA ENGINEERING SDN. BHD. diperbadankan pada Januari 1989 di Alor Setar, Kedah Darul Aman. Syarikat telah beroperasi selama hampir 24 tahun dan pakar dalam bidang Telecommunication Construction seperti Installing Fiber Optic Cable, Copper Cable dan juga memberi tumpuan di dalam bidang Building and Civil Engineering.

KUMPULAN ERA ENGINEERING SDN. BHD. berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Lembaga Pembinaan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), dan Telekom Malaysia Berhad (Kelas 'A').

KUMPULAN ERA ENGINEERING SDN. BHD. telah menyenaraikan namanya sebagai salah satu syarikat kontraktor dengan Telekom Malaysia Berhad di bawah skim Jadual Kadar Harga (JKH) dengan pendafaran Kelas 'B', dan pada tahun 2001 telah dinaikkan taraf sebagai Kontraktor JKH Kelas 'A' meliputi kawasan Utara iaitu Negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak.

Kini, KUMPULAN ERA ENGINEERING SDN. BHD. telah bergerak maju ke hadapan dengan melaksanakan projek pemasangan kabel fiber optik dan kerja-kerja sivil untuk projek Highspeed Broadband (HSBB) oleh Telekom Malaysia Berhad di Kawasan Tengah dan Kawasan Utara.